fbpx

Kad bank rosak, alasan pelanggan biskut raya cabut lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sal menunjukkan sebahagian biskut raya yang sedia untuk dihantar kepada pelanggan di George Town.

GEORGE TOWN – Pengusaha biskut raya menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelak ­ditipu pelanggan dan salah satunya ialah meminta wang pendahuluan pada setiap tempahan yang dibuat.

Pengusaha Sal Bakery yang hanya mahu dikenali sebagai Sal berkata, menjadi trend ketika ini pelanggan membatalkan tempahan pada saat-saat akhir atau cabut lari.

Katanya, antara kerenah pe­langgan yang sering dihadapi ialah ‘tidak jadi ambil kuih’, ‘suami sudah tempah awal’, ‘kad bank tiba-tiba rosak’ atau ‘pe­langgan menyekat nombor te­lefon pengusaha’.

“Jadi saya terpaksa menggunakan konsep ‘booking with payment’ bagi mengelak kerugian berganda.

“Ia berkesan kerana dapat menghindari daripada sikap sesetengah pelanggan yang cuba membatalkan tempahan biskut saat mula diedarkan,” katanya.

Menurut Sal, ia dilakukan bagi mengelakkan mereka menanggung kerugian.

Sementara itu, Pengusaha Ajja Bakery & Pastry, Nur Hajar Salim, 33, pula memberitahu, dia memilih kaedah pembayaran secara ansuran bagi pembelian biskut raya pada kali ini.

“Saya memahami keadaan pengguna yang masing-masing berdepan dengan kesempitan wang.

“Pembayaran secara ansuran tanpa menetapkan amaun bayaran itu secara tidak langsung memberi peluang kepada pelanggan membeli biskut raya. Habis bayar baru dapat biskut raya,” katanya.

Ujar Nur Hajar, ramai dalam kalangan pelanggan memaklumkan yang mereka terpaksa berjimat-cermat pada Aidilfitri tahun ini ekoran gaji diterima pada 25 April.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI