PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri petang ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang nanti.
Katanya, ia melibatkan Kedah di Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu dan Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
“Bagi Perak, hujan tertumpu di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.
“Selain itu, Kelantan pula membabitkan Jeli dan Gua Musang sementara di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut,” ujarnya.
Dalam pada itu, amaran sama turut dikeluarkan di Limbang, Sarawak serta Pedalaman (Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) di Sabah. – KOSMO! ONLINE