fbpx

Empat beranak sambut raya di rumah lebih selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamil dan ahli keluarganya membersihkan rumah sewa baharu mereka di Taman Lembah Merbok, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Sambutan Aidilfitri tahun ini sangat bermakna buat Jamil Ahamad sekeluarga apabila dapat mendiami rumah yang lebih selesa.

Sebelum ini, Jamil, 36, sekeluarga terpaksa menjadikan tempat letak kenderaan sebagai tempat berteduh di Kampung Sungai Batu Besi, Pengkalan Langgar, Bujang di Merbok dekat sini sejak dua minggu lalu.

Menurut Jamil, dia tidak me­nyangka dapat mendiami rumah itu setelah kisahnya yang men­diami parkir kereta bersebelahan rumah mentuanya mendapat perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat.

“Tiada kata yang dapat di­ucapkan khususnya kepada semua pihak yang menyediakan rumah sewa ini untuk kami empat beranak berteduh, sambutan hari raya berubah daripada suram kepada ceria.

“Malah, saya sifatkannya sebagai hadiah tidak ternilai untuk anak yang bakal dilahirkan isteri, Siti Nur Syahera Nabila Hamzah, 28, awal bulan depan,” katanya di rumah sewanya di Taman Lembah Merbok di sini semalam.

Katanya, rumah itu dibayar sewa selama tiga bulan oleh LZNK dan selepas tempoh itu, dia perlu menjelaskan sewa­nya sendiri.

Dia juga bersyukur kerana diterima bekerja dengan sebuah NGO bagi membolehkannya menyara isteri dan dua anak berumur empat dan lima tahun serta bayi mereka kelak.

“Saya turut menerima sumbangan berupa bahan asas makanan daripada pelbagai pihak,” ujarnya.

Siti Nur Syahera pula berkata, dia gembira apabila dapat mendiami rumah yang lebih selesa termasuk memudahkannya berpantang selepas bersalin kelak.

“Biarlah pengalaman selama 14 hari kami sekeluarga tidur di ‘bangsal’ tanpa bilik menjadi kenangan,” ujarnya.

Kosmo! kelmarin melaporkan, Jamil berpindah ke tempat parkir itu selepas gagal menjelaskan sewa rumah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Lelaki itu tidak mempunyai pendapatan selepas berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan lebih empat bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI