fbpx

Ambil peluang bayar tunggakan saman PDRM RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Kasim (dua dari kiri) menyantuni anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dekat Kampung Tanah Putih, Gua Musang, semalam. Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Orang ramai diseru supaya mengambil peluang membayar tunggakan saman sebanyak RM50 melalui Kadar Khas Bayaran Saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, langkah julung kali dilaksanakan oleh pihak PDRM itu memberi peluang ke atas saman yang tidak boleh dikompaun untuk diselesaikan.

Katanya, potongan hampir 85 hingga 86 peratus tersebut adalah hasrat kerajaan untuk memberi kemudahan kepada rakyat dengan mengurangkan bebanan yang dihadapi masyarakat.

“Kita buka semua saman yang sebelum ini kita sekat. Sebagai contoh, saman-saman yang tidak boleh dikompaun dan perlu ke mahkamah.

“Kadar khas saman itu dibuka apabila mendengar keluhan masyarakat yang tidak boleh dibuat pembaharuan lesen atau pembaharuan cukai jalan,” katanya kepada pemberita di laluan alternatif Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di Kampung Tanah Putih, di sini semalam.

Mat Kasim memberitahu, tawaran terbabit tidak sah untuk kes saman yang sedang melalui proses perbicaraan di mahkamah.

Katanya, dia menyeru masyarakat supaya mengambil peluang yang ditawarkan kerajaan malah tempoh pembayaran juga diberi sehingga selepas perayaan Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI