fbpx

Warga emas sebak rumah tempat berkumpul ahli keluarga musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAT Husin melihat keadaan rumahnya yang musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Bari Gebeng Kiantan semalam.

KUANTAN – Pasangan warga emas sebak apabila terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana berbeza selepas rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Baru Gebeng di sini semalam.

Mat Husin A. Rahman, 67, dan pasangannya, Nekmah Awang Ngah, 71, kini tinggal sepinggang dan rumah yang sepatutnya menjadi tempat enam anak dan 13 cucu berkumpul setiap kali Aidilfitri musnah dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.

“Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri memang tidak lagi dapat dirasai apabila rumah yang didiami sejak 20 tahun lalu itu telah musnah sepenuhnya.

“Rumah ini banyak kenangan apatah lagi sebahagian besar strukturnya saya bina sendiri selain bertungkus lumus dengan isteri memindahkan struktur asas dari tapak asal selepas tanah saya termasuk dalam projek pembinaan jalan satu ketika dulu,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu menceritakan mengenai kejadian kebakaran itu, Mat Husin berkata, ketika kejadian dia dan isteri tiada di rumah kerana berada di rumah anak sejak seminggu lalu.

“Isteri saya berada di rumah anak kami di Kuala Lumpur sementara saya pula melawat anak di Kemaman, Terengganu sebelum ke Kelantan untuk menjemput anak bongsu kami yang menjalani latihan industri di sana.

“Saya pun tidak pasti bagaimana kejadian itu berlaku namun saya dimaklumkan kejadian disedari oleh orang ramai yang melalui jalan di depan rumah ketika mereka keluar bekerja pada awal pagi kejadian.

“Saya bercadang akan pulang pada hari Jumaat (esok) namun selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anak yang tinggal di taman perumahan berhampiran, saya terus bergegas pulang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI