fbpx

Warga emas ceria dapat gunting rambut percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPJ Bandar Dato Onn membawakan tukang gunting ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas bagi memberikan perkhidmatan gunting rambut secara percuma

JOHOR BAHRU – Seramai 60 penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas di sini ceria menerima perkhidmatan gunting rambut secara percuma bagi menyambut kedatangan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Bandar Dato Onn, Noor Haslina Harun berkata, itu adalah kelainan yang ditampilkan pihaknya selain menyampaikan barangan hasil sumbangan staf hospital kepada golongan yang memerlukan ini.

Beliau berkata, program tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat hospital itu saban tahun dalam menyantuni golongan yang kurang bernasib baik di bulan penuh keberkatan ini.

“Kami berpuas hati apabila dapat melihat kegembiraan terpancar di riak wajah warga emas ini setelah menerima perkhidmatan gunting rambut, ia membangkitkan mood untuk menyambut Aidilfitri. Dalam masa sama, kita turut menyumbangkan barangan yang dikumpul menerusi kempen sumbangan ‘1 staf 1 barang’ kepada pusat jagaan ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Pegawai Sumber Manusia Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Uni Syafina Abd. Mutalip berkata, pihaknya banyak menerima sumbangan bersempena kehadiran Ramadan dan Aidilfitri bakal tiba nanti.

Beliau berkata, ramai penghuni pusat jagaan yang menempatkan seramai 80 penghuni lelaki dan 45 wanita itu yang masih mempunyai keluarga teruja untuk meraikan hari Raya Aidilfitri bersama yang tersayang di hari bahagia ini.

“Kita juga sudah mengingatkan kepada pewaris sebulan awal untuk meminta mereka mengambil orang tua mereka di sini untuk berkongsi saat indah menyambut Hari Raya bersama-sama, Kita bagi mereka peluang untuk bersama keluarga,” katanya.. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI