fbpx

[VIDEO] Lima beradik peluk, cium arwah bapa tak sempat beraya sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar anak-anak kepada Allahyarham Sazali yang sempat mencium serta memeluk jasadnya sebelum dikebumikan

PETALING JAYA – Lima beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila bapa mereka maut akibat motosikal ditunggangi merempuh seekor kerbau di Jalan Tanjung Bidara – Solok Duku di Masjid Tanah, Melaka pada 17 April lalu.

Kehilangan insan tersayang itu menjadikan Syawal akan datang ini suram buat mereka sekeluarga.

Menerusi perkongsian video oleh Masjid Tanah di Daily di Facebook hari ini, memaparkan situasi lima beradik tersebut memeluk serta mencium arwah bapanya, Sazali Mohamad, 36, sebelum dikebumikan.

Situasi hiba itu turut meruntun hati tetamu yang menghadiri majlis kebumian tersebut.

“Tinggal tak sampai 48 jam kita akan menyambut ketibaan Syawal. Dalam kegembiraan kita jangan lupa kesedihan saudara sesama kita.

“Kau orang masih ingat kejadian pada malam 27 Ramadhan 1444H/ 2023 hanya beberapa hari lepas, apabila seorang penunggang motosikal maut di Jalan Ayer Hitam menghala ke Masjid Tanah.

“Mangsa Allahyarham Sazali Mohamad dari Kampung Solak Duku, Masjid Tanah Melaka meninggalkan seorang balu Nur Aleeza Othman (tidak bekerja) dan lima orang anak yang masih kecil,” katanya menerusi kapsyen video yang dimuat naik.

Dalam pada itu, Masjid Tanah di Daily menerusi hantarannya memohon sumbangan orang ramai untuk meringankan beban keluarga Allahyarham Sazali dalam meneruskan kehidupan mereka.

“Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 154101282735 (Nur Aleeza Othman).

“Jika kita tak mampu nak tolong dari segi kewangan, tolonglah berkongsi pautan ini, semoga dengan perkongsian anda ianya dapat dilihat oleh mereka yang sangat bermurah hati dan dapat membantu keluarga ini,” mohonya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Allahyarham Sazali meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI