fbpx

Syamsul kaki pusing, Puteri Sarah menyesal tak rakam video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah Liyana menyesal tidak mengikut gerak hati merakamkan video semasa perbincangan bersama suaminya, Syamsul Yusof pada 9 April lalu iaitu sehari sebelum ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. 

Puteri Sarah mulanya mengajukan cadangan agar pertemuan mereka dirakam bagi mengelak isu berbangkit, namun perkara tersebut ditolak Syamsul dengan alasan segala perbincangan akan direkod secara bertulis.

Aktres berusia 37 tahun itu menjelaskan, rakaman video itu kelak dapat dijadikan rujukan agar tiada perselisihan faham atau tersalah kata.

“Memang saya rasa menyesal tak teruskan untuk rekod video semasa kami berbincang pada malam itu,” katanya menerusi pendedahan dalam Insta Story.

Terkilan, Puteri Sarah bagaimanapun reda terlepas peluang menyimpan bukti walhal sudah tahu perangai suaminya itu yang disifatkan sebagai ‘kaki pusing’.

“Saya patut tahu kaki pusing punya cerita. Tak apalah. Dalam bulan Ramadan ini, Allah ada untuk menjaga saya dan juga anak-anak saya,” luahnya.

Dalam perkongsian sama, pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.

Dalam perbualan mereka, Syamsul dilihat menzahirkan pujian terhadap isteri pertamanya itu atas kesudian berbincang secara bersemuka sebelum mereka menjalani prosiding mahkamah keesokan harinya.

“Syukur alhamdulillah kita duduk sama-sama untuk bincang.

“Tak payahlah (rakam). Rekod apa pun tak perlu. Semua tulis atas kertas untuk sama-sama tengok,” tulisnya sebagai balasan terhadap cadangan Puteri Sarah.

Perjumpaan yang difahamkan disertai rakan terdekat mereka adalah bagi membincangkan terma penyelesaian termasuk hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Terdahulu, pada 18 April lalu Syamsul membatalkan hasrat untuk melafazkan talak terhadap Puteri Sarah kerana mendakwa wanita terbabit telah menghantar terma penyelesaian perceraian baharu yang bertentangan dengan syarat  dipersetujui sebelum itu.

Namun, Puteri Sarah pula menegaskan dia tidak pernah berjanji untuk menarik semula kes saman terhadap keluarga madunya, Ira Kazar ketika perbincangan berlangsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI