fbpx

Suami isteri meninggal dunia selang sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menghadiri majlis pengebumian jenazah Mbah Slamet dan Mbah Atun. – TikTok

JAKARTA – Kisah sepasang suami isteri warga emas di Indonesia menjadi tular apabila mereka menemui ajal dalam tempoh masa selang sejam, lapor laman berita Merdeka semalam.

Berdasarkan klip video yang tular di laman TikTok, orang ramai dilihat menghadiri majlis pengebumian jenazah pasangan dikenali sebagai Mbah Slamet dan Mbah Atun.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Mbah Atun memberitahu bahawa dia tidak sanggup menahan kesedihan melihat suaminya meninggal dunia sehingga dia jatuh pengsan.

Selepas sejam kemudian, Mbah Atun pula disahkan meninggal dunia, menyusuli kematian Mbah Slamet.

“Pada pagi ini, jiran saya, Mbah Slamet meninggal dunia. Isterinya, Mbah Atun tidak dapat menahan tangisan dan kesedihannya sehinggakan dia tiba-tiba pengsan.

“Selang sejam kemudian, dia menghembuskan nafas terakhir, menyusuli suami tercinta.

“Inilah dia cinta sehidup semati. Mereka berdua pasangan suami isteri yang saling mengasihi dan setia hingga ke akhir hayat,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna mefdia sosial.

“Definisi cinta sehidup semati. Semoga mati dalam keadaan husnul khotimah kedua-duanya,” kata seorang pengguna. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI