fbpx

SME Biz Day beri manfaat kepada 1,000 syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan speaker yang dijemput hadir pada SME Biz Day 2023 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Lebih 1,000 syarikat perniagaan menghadiri SME Biz Day 2023, satu program rangkaian terbesar yang telah dianjurkan oleh CTOS Data Systems Sdn. Bhd. baru-baru  ini.

Program tersebut bertujuan untuk menyediakan satu forum buat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membina rangkaian dan mendapatkan pemahaman penting daripada peneraju industri. 

Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Digital, Erick Hamburger berkata, dengan lebih 20,000 pelanggan yang semakin bertambah, program CTOS SME Biz Day telah berjaya  membantu PKS dengan membuka peluang membina rangkaian serta memberikan penyelesaian digital terkini untuk pertumbuhan perniagaan.

“Selaku agensi pelaporan kredit terunggul di Malaysia, kami berupaya untuk membantu PKS dengan Pengurus Kredit CTOS yang memberikan mereka pemantauan terautomasi, peralatan amaran serta pilihan bagi membantu pemulihan hutang selama lebih 30 tahun.

“Penawaran produk kami telah berkembang melangkaui instrumen pelaporan kredit tradisional untuk kini menyertakan pelbagai penyelesaian digital, semuanya disusun dengan teliti untuk menyokong setiap peringkat kitaran hayat pengguna,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Antara topik yang dibincangkan adalah mengenai penyelesaian digital terkini yang tersedia di pasaran untuk kelebihan yang kompetitif seperti  CTOS eKYC,  CTOS Verified, CTOS Business Listings dan CTOS Digital Footprint serta perkhidmatan surat tuntutan bagi membantu dalam pemulihan hutang lapuk.

Selain itu, CTOS juga melancarkan CM Lite, satu versi ringkas Pengurus Kredit CTOS yang dibuat khusus untuk profesional yang memerlukan maklumat terkini di hujung jari. 

“Ia mempunyai versi mudah alih yang membolehkan pengguna membeli laporan dan melihat makluman pemantauan sepintas lalu, bersama-sama dengan fungsi Pengurus Kredit CTOS penting yang lain,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI