PETALING JAYA – Pengaktifan ‘Smartlane’ di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara melibatkan Kilometer (KM) 366.8 hingga KM354.0 dibuka serta merta.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi memaklumkan, pembukaan tersebut melibatkan laluan di antara Slim River ke Sungkai bagi tujuan mengurangkan kesesakan yang berlaku di lokasi.
“Lorong paling kiri boleh dilalui dan trafik perlahan di lokasi.
“Pandu berhati – hati,” katanya. – KOSMO! ONLINE