fbpx

Prestasi Chelsea milik Boehly semakin barai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain jelas kecewa selepas tewas kepada Real 2-0 pada aksi suku akhir kedua di Stamford Bridge awal pagi semalam.

LONDON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard mengkritik prestasi anak-anak buahnya selepas gagal menyudahkan peluang terhidang apabila tewas 0-4 secara agregat kepada Real Madrid, sekali gus tersingkir daripada kancah Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Pada aksi suku akhir kedua di Stamford Bridge itu, skuad The Blues terpaksa akur dengan kekuatan Real yang berjaya melakar kemenangan 2-0 hasil dua gol yang dijaringkan oleh Rodrygo pada babak kedua.

Kata Lampard, apa yang terjadi di atas padang sudah berada di luar kawalan kerana barisan pemain dilihat bekerja keras untuk mencipta ruang dan peluang, tetapi ketumpulan jentera serangan telah menghukum pasukan.

“Saya agak ralat menyaksikan perlawanan ini kerana barisan pemain telah beraksi dengan baik khususnya pada 60 minit pertama dengan mencipta rentetan peluang keemasan. Namun, mereka gagal menyudahkan setiap peluang dengan baik.

“Namun, saya tidak mahu menyalahkan pemain semata-mata kerana kita tewas dengan pasukan yang lebih bagus seperti Real. Cuma, saya juga tidak mahu pasukan terlalu kecewa kerana perlu bangkit menyelamatkan musim pada baki saingan liga domestik nanti,” katanya.

Sementara itu, Lampard turut berharap agar pasukan kekal fokus kerana masih ada beberapa perlawanan penting yang perlu diharungi pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus berusaha untuk memburu slot ke kejohanan Eropah musim depan.

“Barisan pemain menyarung jersi Chelsea dan mereka perlu memberikan 100 peratus di atas padang. Meskipun kita sudah tiada peluang untuk menjulang sebarang trofi, saya tetap mahu pasukan ini menamatkan saingan sebaik yang boleh,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI