fbpx

Kelantan umum cuti peristiwa pada 25 April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengumumkan hari Selasa depan bersamaan dengan 25 April sebagai Hari Kelepasan Am atau cuti peristiwa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan berkata, cuti itu diberikan selepas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Daniel Syed Ahmad mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Sabtu iaitu 22 April.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia tahun ini ditetapkan pada 22 April.

Syed Daniel yang memakai baju Melayu warna coklat membuat pengumuman itu menerusi siaran langsung khas di sebuah stesen televisyen.

Penetapan tarikh 22 April 2023 itu sekali gus menamatkan spekulasi umat Islam Malaysia bakal berdepan raya mengejut sekali lagi.

Tahun lalu umat Islam negara ini menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei iaitu lebih awal berbanding dijadualkan pada 3 Mei 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI