fbpx

Kakak, ibu pelengkap lagu Jom Balik Kampung Shiha Zikir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGI mengekal bunyi lagu raya, Shiha meminta komposer menghasilkan Jom Balik Raya dengan elemen tradisional tanpa menyelitkan muzik moden. – MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

MENJELANG Syawal, kebanyakan penyanyi tidak melepaskan peluang memeriahkan diskografi masing-masing dengan lagu raya. Sama ada untuk pencapaian peribadi mahupun memeriahkan industri, lagu raya tetap seleksi wajib pilihan pendengar ketika ini.

Pelbagai genre diketengahkan oleh setiap penyanyi bagi memenuhi citarasa pendengar muzik yang bersesuaian dengan keadaan semasa.

Tahun ini, penyanyi Shiha Zikir tidak yang melancarkan lagu rayanya berjudul Jom Balik Raya ciptaan Ajay Amai.

Lebih istimewa, buah tangan baharu Shiha ini turut disertai oleh kakaknya iaitu Ieda Zikir untuk berduet bersama.

Malah, video muzik menerusi Jom Balik Raya turut diselitkan mesej keprihatinan kepada masyarakat bersesuaian dengan objektif Yayasan Prihatin naungan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd. Aizuddin Ghazali.

“Mulanya saya nyanyikan secara solo tetapi tengok lirik saya sudah boleh bayangkan jalan cerita berbeza dalam video muzik.

“Jadi pilihan tepat ialah kakak sendiri memandangkan dia juga boleh menyanyi,” katanya.

Selain penyertaan kakak sebagai pasangan duet, ibunya turut terlibat dalam penghasilan video muzik bagi lagu raya ini.

“Susah juga untuk ajak mak menyertai dalam video muzik ini sebab dia pemalu dan rendah diri.

Shiha
menyerikan lagu rayanya, Jom Balik Raya dengan berduet bersama kakaknya, Ieda Zikir.

“Alhamdulillah selepas terangkan konsep dia bersetuju dan ini kali pertama dia muncul dalam video muzik.

“Selain itu, mak sudah kenal lama dengan Aizuddin dan dia tahu kolaborasi ini dapat membantu memberikan sokongan kepadanya,” ujar pelantun lagu Irama itu.

Sementara itu, penggambaran muzik video yang mengambil masa satu hari tersebut dijayakan oleh pasukan Prihatin yang menyuntik beberapa mesej khas buat pendengar.

“Selain menghiburkan ramai, saya juga mahu orang nampak kewujudan Prihatin dan wujudkan rasa untuk pulang ke kampung.

“Mungkin lagu ini tidak diperdengarkan ketika musim perayaan tetapi pada bila-bila masa yang sesuai dengan mod balik kampung.

“Dalam video muzik juga diselitkan elemen objektik Yayasan Prihatin seperti perkongsian rezeki sesama masyarakat,” jelasnya.

Sebagai selebriti yang aktif melakukan kerja kebajikan, Shiha menyertai Yayasan Prihatin sebagai platform untuknya bergerak dalam aktiviti amal.

Selain Shiha yang bekerjasama dalam Yayasan Prihatin, Yayasan Nurjiwa oleh selebriti tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza turut terlibat dalam persatuan tersebut bagi mengumpul hasil luar biasa untuk program amal akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI