PETALING JAYA- Seorang wanita berkongsi cara menjadikan daging lembut dan mudah dimakan dengan hanya menggunakan tomato.
Liyaw Ah Seng dalam hantaran di Facebook menjelaskan daging tersebut perlu diperap dengan tomato yang telah dikisar.
“Saya gunakan tomato, cara dia hanya perapkan daging yang hendak dimasak dengan tomato yang sudah dikisar.
“Kemudian masak sahaja daging tersebut mengikut masakan yang diinginkan.
Menurutnya, sebelum ini dia menggunakan nanas sebagai medium untuk melembutkan daging yang hendak dimasak, tetapi daging tidak boleh bertahan lama.
“Dulu saya guna nanas, tak tahan lama, nanti daging boleh jadi serunding.
“Sekarang cara ini sahaja yang saya guna, tinggal perap lepas tu masak je,” katanya. -KOSMO! ONLINE