fbpx

Gerhana matahari separa dicerap di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas terlibat mencerap gerhana matahari separa di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melakukan cerapan gerhana matahari separa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersempena fenomena tersebut hari ini.

Penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan boleh menyaksikan kebesaran Allah itu antara pukul 11.04 pagi hingga 1.45 tengah hari dengan menggunakan peralatan bersesuaian seperti penuras cahaya matahari sesuai demi keselamatan mata.

Umat Islam digalakkan untuk menunaikan solat sunat gerhana semasa fenomena gerhana tersebut berlaku.

Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd. Adnan hadir pada sesi cerapan itu dengan menyaksikan fenomena tersebut menggunakan teleskop khas.

Cerapan itu turut disertai agensi lain seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem).

Malaysia mengalami gerhana matahari separa bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia.

Gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027, iaitu sekitar empat tahun lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI