fbpx

Gerhana matahari separa dapat dicerap jelas di Setiu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penyelidik Eseri mencerap fenomena gerhana matahari menerusi teleskop khas di Balai Cerap UniSZA, Merang, Setiu hari ini.

SETIU – Pasukan penyelidik Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri) melakukan cerapan gerhana matahari separa di Balai Cerap Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Merang di sini bersempena fenomena tersebut hari ini.

Pengarah Eseri. Prof. Madya Dr. Roslan Omar berkata, penduduk Terengganu boleh melihat kebesaran Allah tersebut dalam tempoh sejam 36 minit dari pukul 11.15 pagi hingga 12.51 tengah hari tadi.

“Alhamdulillah, fenomena gerhana matahari separa yang berlaku pada 29 Ramadan ini boleh dilihat dengan jelas di negeri ini.

“Cerapan telah dilakukan penyelidik Eseri dengan menggunakan teleskop khas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Malaysia mengalami gerhana matahari separa bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia.

Gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir pada 21 Jun 2020.

Fenomena sama dijangka bakal berulang empat tahun lagi pada 2 Ogos 2027. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI