fbpx

Dua ahli pasukan sorak ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Washington kini berada dalam keadaan kritikal. – Baylor Athletics

AUSTIN, TEXAS – Dua ahli pasukan sorak di Texas, Amerika Syarikat cedera ditembak selepas salah seorang daripada mereka tersilap menghampiri kereta yang dinaiki oleh penyerang, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Mangsa, Payton Washington, 18 kini dirawat di hospital dalam keadaan kritikal manakala rakannya, Heather Roth dirawat di tempat kejadian.

Insiden  berlaku pada pukul 12.15 tengah malam (waktu tempatan) kelmarin di luar sebuah pasar raya di bandar Elgin. 

Mangsa dan beberapa ahli pasukannya ketika itu menghadiri acara berdoa malam kelmarin ketika mereka bersiap sedia untuk bertanding dalam kejohanan Cheerleading Worlds di Florida.

“Beberapa maklumat menunjukkan insiden tembakan berlaku di tempat letak kereta di mana beberapa das tembakan dilepaskan ke arah sebuah kenderaan,” kata polis Elgin.

Menurut Roth, ketika kejadian, dia keluar dari kereta rakannya untuk memasuki keretanya sendiri, namun tersilap menghampiri kereta individu lain.

Tambahnya, terdapat seorang lelaki sedang duduk di tempat duduk penumpang ketika itu yang menyebabkan dia kembali ke arah kenderaan rakannya.

“Saya melihat lelaki itu keluar dari pintu keretanya. Saya menurunkan tingkap kereta kerana ingin meminta maaf kepadanya, namun dia mengeluarkan sepucuk pistol dan mula menembak ke arah kami,” ujarnya.

Suspek, Pedro Tello Rodriguez Jr, 25, telah ditahan selepas polis mengesan nombor pendaftaran kenderaannya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI