fbpx

Cuaca buruk landa utara, selatan Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda hampir keseluruhan negeri di Semenanjung serta Sarawak pada pagi ini.

Menerusi laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebokk sebentar tadi memaklumkan, cuaca buruk itu lebih tertumpu sekitar utara dan selatan Semenanjung.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) serta seluruh kawasan Pulau Pinang.

“Keadaan yang sama juga belaku di negeri Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Sementara itu, di Pantai Timur, MetMalaysia mengeluarkan laporan hujan lebat serta ribut petir melibatkan Gua Musang, Kelantan serta dua daerah di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.

“Bagi negeri di selatan Semenanjung pula, seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) turut dilaporkan menerima taburan hujan pada pagi ini,” katanya.

Tambah laporan itu lagi, hujan lebat serta ribut petir juga berlaku di keseluruhan negeri Melaka dan sebahagian Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

“Menjengah keadaan cuaca di Sarawak pula, cuaca buruk pagi ini dilaporkan berlaku sekitar Samarahan (Simunjan) dan Sri Aman (Sri Aman).

“MetMalaysia menjangkakan keadaan ini bakal berterusan sehingga pukul 10 pagi nanti,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI