fbpx

Anak minta maaf pulang beraya tidak bawa calon isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eko menulis permintaan maaf kepada bapa dan ibunya dengan menggunakan kadbod kerana gagal membawa calon isteri sempena Hari Raya Aidilfitri. - Trimbun Lampung

JAKARTA – Seorang pemuda  dikenali sebagai Eko mahu meminta maaf kepada ibu dan bapanya kerana gagal untuk membawa calon isteri ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, lapor portal berita Kompas hari ini.

Eko yang menaiki sebuah motosikal melalui Pelabuhan Bakauheni semalam. Katanya,  dia pada mulanya berharap dapat membawa calon isteri tetapi ternyata belum dapat melakukannya.

Sehubungan itu, dia menulis permintaan maaf kepada bapa dan ibunya di atas kadbod dan diletakkan pada motosikalnya. Mesej itu memberitahu bahawa dia gagal mendapatkan calon isteri.

“Pak, Buk, Maaf anakmu pulang cuma bawa Khong Guan (biskut). Belum bisa bawa menantu idaman,” tulisnya pada sebuah kadbod.

Eko yang berusia 29 tahun berkata, ibu bapanya berharap dia dapat mengakhiri zaman bujangnya.

Tulisan itu juga menjadi hiburan kepada warga Indonesia yang mahu pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI