fbpx

Adik rayu abang balik raya, sudah 17 tahun hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Darwis Sumala

PETALING JAYA – Setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri, pastinya kepulangan seluruh ahli keluarga menjadi satu penantian utama agar sambutan indah itu dapat dirai bersama.

Namun, berbeza dengan kisah yang dialami Mohd. Hashimy Suratman apabila selama 17 tahun dia tidak dapat menyambut hari raya bersama abangnya, Darwis Sumala Suratman.

Katanya, keberadaan abangnya itu tidak dapat dijejak sejak 2006 ketika berumur 22 tahun.

“Dah nak raya, 17 tahun dah. Aku sentiasa ingat selagi ada nyawa. Kat mana pun kau, balik lah dan aku pun tak tahu kau ada lagi tak.

“Mak tengah tunggu, selagi mak masih ada, balik lah. Aku tak pernah berhenti mencari kau dan sekarang bapa dah meninggal,” luahnya menerusi hantaran di Facebook kelmarin.

Dalam pada itu, Mohd. Hashimy berharap agar orang ramai dapat membantunya mengesan abangnya agar sambutan Aidilfitri kali ini dapat mengubati rasa rindu seorang ibu kepada anaknya.

“Aku mengharap kuasa viral kali ni menjadi sebab tak putus asa cari. Mohon viral dari semua rakan Facebookk.

“Lahir Kuching, Sarawak dan alamat terakhir dan ikut yang tertera pada kad pengenalan adalah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

“Lokasi terakhir jumpa di Kuala Lumpur pada 2006 semasa bekerja sebagai pekerja kontrak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan info dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan agensi lain, alamat rumah masih lama di 3-1-10 Kondo Rakyat, Pantai Dalam,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI