fbpx

AC Milan tamatkan kemarau 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain meraikan kejayaan Milan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan Napoli awal pagi semalam. – AFP

NAPLES – Ketua jurulatih AC Milan, Stefano Pioli mengakui sangat gembira apabila dapat membantu pasukan menamatkan kemarau 16 tahun untuk mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan Napoli awal pagi semalam.

Pada aksi suku akhir kedua itu, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 tetapi Milan tetap me­langkah ke pentas separuh akhir hasil kemenangan agregat 2-1, sekali gus mara ke kelompok empat pasukan terakhir buat kali pertama sejak edisi 2007.

Kata Pioli, barisan pemain lebih selesa untuk digelar underdogs pada kempen Liga Juara-Juara musim ini tetapi pujian wajar diberikan kepada pasukan kerana berjaya mengekang ancaman yang diberikan oleh Napoli sepanjang perlawanan.

“Kami mengharungi perjalanan Liga Juara-Juara musim ini cukup panjang. Namun, kami kekal dengan prinsip bahawa Milan adalah pasukan underdogs yang akan memberikan seratus peratus pada setiap perlawanan.

“Mengenai perlawanan kali ini, saya anggap kemenangan 1-0 yang kita raih pada aksi suku akhir pertama banyak membantu dengan memberi tekanan buat pasukan lawan dan saya harap prestasi sama dapat dikekalkan pada aksi separuh akhir nanti,” katanya.

Sementara itu, pemain sensasi Rossoneri, Rafael Leao yang berjaya membuat bantuan ja­ringan kepada Olivier Giroud pada aksi awal pagi semalam optimis pasukan memiliki ­peluang cerah untuk menjulang trofi berprestij itu musim ini.

“Saya sangat gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh semua pemain dan kita perlu terus memasang cita-cita tinggi untuk bergelar juara Eropah musim ini. Pasukan kami ada potensi kerana tiada apa yang mustahil dalam bola sepak,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI