fbpx

76 lokasi kerap kemalangan di seluruh negara dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Kasim (kanan) menyampaikan kuih raya kepada perantau yang melalui jalan alternatif Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di Kampung Tanah Putih, Gua Musang hari ini. -Foto AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau sebanyak 76 lokasi panas yang kerap berlaku kemalangan di seluruh negara sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, lokasi berkenaan melibatkan jalan persekutuan, negeri dan daerah yang berada dalam sistem Kementerian Kerja Raya.

Katanya, sebanyak 18 daripada 76 lokasi tersebut merupakan kawasan yang kerap berlaku nahas di negeri Kelantan.

“Kita berharap agar pengguna jalan raya mengikut arahan pihak berkuasa dan juga jangan mengikut atau memandu dengan cara melulu.

“Semua pihak termasuk pengendali lebuh raya supaya tidak perlu mengadakan sebarang kerja-kerja pembaikan lalu lintas kerana ia boleh menyebabkan berlaku kesesakan luar jangkaan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan lalu lintas dan menyantuni perantau di laluan alternatif Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di Kampung Tanah Putih di sini hari ini.

Mat Kasim memberitahu, sebanyak 90,000 buah kenderaan telah masuk ke Kelantan sejak 18 April sehingga hari ini menjelang sambutan perayaan Aidilfitri.

Katanya, pihak konsesi turut melaporkan bahawa purata harian kenderaan yang masuk menuju ke negeri Pantai Timur adalah sebanyak 200,000 buah setiap hari.

“Pihak PDRM akan memantau melalui udara bagi melihat kesesakan yang dijangkakan akan berlaku bagi membantu petugas di lapangan lokasi-lokasi kesesakan yang perlu diambil tindakan penyuraian lalu lintas.

“Kita mengenal pasti antara faktor utama yang menyumbang kepada peratusan kemalangan adalah sikap pengguna jalan raya itu sendiri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI