fbpx

2 individu dipanggil ambil keterangan kes penemuan rangka mayat wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANGKA mayat seorang wanita ditemui di dalam beg di sebuah hentian bas di Kulai, Johor, Jumaat lalu.

JOHOR BAHRU – Polis sudah memanggil dua individu untuk merakam keterangan berhubung penemuan rangka mayat seorang wanita yang ditemukan di dalam beg ditinggalkan di hentian bas di Kulai, Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dua individu terbabit merupakan pemberi maklumat serta individu yang membuat laporan polis mengenai penemuan yang mengejutkan itu.

Beliau berkata, pihaknya mengharapkan mendapat petunjuk baharu dalam laporan bedah siasat daripada pihak hospital dalam masa terdekat.

“Setakat ini, kita tidak mendapat petunjuk yang jelas untuk memudahkan siasatan dijalankan, tambahan pula cap jari mangsa itu tidak dapat dikesan.

“Apa yang kita tahu ketika ini, mangsa tidak mempunyai bekas suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG) di lengan, ada kemungkinan mangsa merupakan warganegara asing, kita belum dapat tentukan secara tepat lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis khatam al-Quran dan majlis berbuka puasa Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor 2023, di sini semalam.

Pada program tersebut, seramai 300 pegawai dan anggota polis dari seluruh IPK Johor berjaya khatam al-Quran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI