fbpx

Warga Pakistan dipenjara 5 hari, denda RM2,500 kerana mencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warganegara Pakistan dijatuhkan hukuman penjara lima hari dan denda RM2,500 selepas mengaku bersalah mencuri di sebuah pasaraya di Lukut, Port Dickson dekat Negeri Sembilan, Jumaat lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

PORT DICKSON – Seorang lelaki warganegara Pakistan dijatuhkan hukuman penjara lima hari dan denda RM2,500 selepas mengaku bersalah mencuri di sebuah pasar raya di Lukut, di sini, Jumaat lalu.

Tertuduh, Muhammad Sajid Qamar, 32, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V Vanita.

Berdasarkan pertuduhan, pada tarikh berkenaan kira-kira pukul 3.15 petang di pasaraya di Lukut, telah mencuri di dalam sebuah bangunan yang digunakan sebagai tempat perniagaan dan kes disabitkan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, pada tarikh, masa dan lokasi yang sama, pengadu dimaklumkan kakitangannya terdapat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan telah memanggil beberapa kakitangan lain untuk memerhatikan gerak geri tertuduh.

Selepas tertuduh membuat pembayaran di kaunter, pengadu telah menahan tertuduh dan meminta tertuduh untuk membuka beg, namun tertuduh enggan memberikan kerjasama.

Pengadu telah meminta bantuan dari kakitangan lain untuk membuat pemeriksaan beg dan setelah dua kali pengadu meminta barulah tertuduh bersetuju membuka beg.

Pemeriksaan mendapati barangan dalam beg masih tidak dibayar kerana tidak mempunyai plastik dan barang yang di dalam plastik sahaja dibayar dan mempunyai resit.

Pengadu kemudiannya menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya dan tertuduh ditangkap sejurus selepas itu.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jiwan Kaur dalam hujahannya memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh yang telah menyebabkan kerugian bernilai RM448 dan mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lima hari dari tarikh ditangkap dan denda RM2,500, jika gagal bayar lapan bulan penjara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN