fbpx

View Chin panggil Mira ‘sayang’ anggap budaya tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
View Chin (kiri) dan Mira

PETALING JAYA – Panggilan sayang kepada Mira bukan hanya untuk dia tetapi untuk semua pekerja di bawahnya sebagai satu ‘culture’ di tempat kerja.

Menurut pensohor media sosial terkenal, View Chin, dia gemar menggunakan perkataan ‘sayang’ dan juga ‘dear’ kepada semua pekerja di bawahnya sebagai panggilan di tempat kerja.

Panggilan itu menjadi persoalan orang ramai apabila tular tangkap layar perbualan mesej antara Mira dan juga View Chin yang sangat mesra di WhatsApp yang dikongsikan Ah Moi sebelum ini.

Dia yang ditemu bual secara eksklusif bersama Kosmo! Semalam, menerangkan, panggilan sayang dan dear hanya digunakan sesama pekerja, bukan Mira sahaja.

“Saya memang guna perkataan ‘sayang’ dan ‘dear’ dekat semua pekerja, bukan Mira sahaja,” jelasnya.

Baru-baru ini hangat apabila Shermine Ah Moi berkongsi bukti perbualan WhatsApp View Chin dan Mira ‘berskandal’ di TikTok dan Facebook miliknya.

Katanya lagi, perhubungan mereka mula bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan suaminya bersama Mira semasa dia masih lagi dalam pantang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI