fbpx

UMNO Negeri Sembilan dalam proses senarai calon PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalaluddin (tiga dari kanan) beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Tautan Kasih dan Berbuka Puasa Bersama Kepemimpinan UMNO Bahagian Jelebu di Kompleks UMNO Bahagian Jelebu di Simpang Pertang, Negeri Sembilan semalam.

JELEBU – UMNO Negeri Sembilan masih dalam proses senarai pendek calon-calonnya yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, semua calon berkenaan akan melalui proses penilaian dan tapisan sebelum nama mereka disenarai pendek.

Katanya, apa yang paling penting kali ini, semua calon yang akan bertanding di kerusi-kerusi hendaklah mempunyai peluang tertinggi untuk membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Saya letakkan penanda aras iaitu setiap kerusi yang akan ditandingi oleh BN kelak, mana-mana individu atau parti yang akan diberikan peluang kali ini mestilah dalam kalangan yang dilihat akan memenangi kerusi itu.

“Calon yang mempunyai kemungkinan untuk menang lebih tinggi akan diberikan tempat dan peluang,” katanya kepada pemberita pada Majlis Tautan Kasih dan Berbuka Puasa Bersama Kepemimpinan UMNO Bahagian Jelebu di Kompleks UMNO Bahagian Jelebu di Simpang Pertang di sini semalam.

Tambah Jalaluddin, pihaknya bukan ambil calon sebab mereka ketua bahagian ataupun sebab dia penyandang kerusi tetapi faktor kemenangan menjadi keutamaannya.

Jelasnya yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata , kedudukan peluang parti komponen BN iaitu MCA bagi bertanding pada PRN nanti, beliau menjelaskan, UMNO bersedia untuk memberikan salah satu kerusi daripada 15 kerusi yang dimenangi sebelum ini kepada MCA sekiranya ia didapati mempunyai peluang lebih tinggi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI