PETALING JAYA – Trafik dilaporkan sesak sejauh enam kilometer akibat kemalangan sebuah treler dan lori tangki dalam kemalangan di KM257.3 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara
Menurut laman sosial PLUS, kemalangan tersebut berlaku selepas Terowong Menora menuju ke Kuala Kangsar, Perak hari ini.
Kemalangan tersebut turut mengakibatkan lorong kiri terhalang dan pihak PLUS menasihatkan agar semua pengguna yang akan melalui kawasan tersebut merancang semula perjalanan masing-masing. -KOSMO! ONLINE