fbpx

Tidak pasti pemimpin parti mana dipanggil SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyantuni orang ramai yang ingin pulang ke kampung sempena Aidilfitri di TBS, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan beliau tidak tahu siapa yang akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan yang didakwa berkaitan dengan kontrak kerajaan.

Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau tahu mengenai laporan akhbar itu, tetapi tidak pasti siapakah yang terlibat.

“Laporan tidak menyatakan berhubung kes apa, jadi saya juga tidak tahu.

“SPRM tidak menyatakan kes yang mana dan setakat ini saya boleh katakan, mereka tidak memanggil saya,” katanya ketika sidang akhbar selepas membuat lawatan kerja di Terminal Bandar Selatan (TBS) di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan SPRM akan memanggil beberapa lagi saksi baharu termasuk pemimpin sebuah parti politik bagi mendapatkan maklumat untuk menjejaki sejumlah besar wang tunai yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar disiasat SPRM berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak-kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Ahli Parlimen DAP itu dipanggil membantu siasatan susulan siasatan SPRM terhadap seorang pegawai tugas-tugas khas dan penahanan setiausaha sulitnya minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI