fbpx

Saman pengguna gagal pamer cukai jalan, anggota peronda disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekeping saman POL.257 dikenakan terhadap Faiz Sulaiman kerana gagal mempamerkan cukai jalan pada 16 April lalu.

PETALING JAYA – Siasatan dalaman akan dilakukan terhadap anggota polis peronda yang mengeluarkan saman terhadap individu gagal mempamerkan cukai jalan di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mengesan satu hantaran dimuat naik pemilik akaun Facebook, Faiz Sulaiman mengenai saman yang dikenakan terhadapnya.

“Pemilik akaun tersebut telah berkongsi sekeping saman POL.257 yang telah dikenakan ketika di lokasi kejadian.

“Semakan pihak polis mendapati, saman tersebut telah dikeluarkan oleh anggota polis pada 16 April lalu atas kesalahan gagal mempamerkan cukai jalan,” jelasnya dalam kenyataan semalam.

Menurut Fakhrudin, arahan telah dikeluarkan kepada petugas di lapangan untuk tidak mengenakan saman berkaitan kesalahan tidak mempamerkan lesen kenderaan motor.

Jelasnya, ia sesuai arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan Jalan pada 10 Februari lalu.

“Siasatan dalaman akan dibuat keatas anggota yang terlibat susulan kecuaian yang dilakukan.

“Kita juga telah membuat pembatalan ke atas saman tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI