fbpx

Remaja siar bunuh diri secara langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu pejabat Polis Seoul Gangnam. - Yonhap

SEOUL – Seorang remaja perempuan menyiarkan tindakannya membunuh diri menerusi siaran langsung penstriman di laman Instagram, lapor akhbar The Korean Herald kelmarin. 

Balai Polis Seoul Gangnam berkata, mangsa yang identitinya dirahsiakan itu maut selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah bangunan berhampiran Stesen Gangnam kira-kira pukul 2.30 petang (waktu tempatan), Ahad lalu.

Remaja itu dilaporkan mengalami kemurungan yang teruk.

Tidak jelas bilangan pengguna Instagram yang menonton siaran langsung itu tetapi polis berkata mereka menerima ‘beberapa’ laporan daripada penonton.

Polis yang menyiasat kes itu berkata, terdapat sedikit bukti yang menunjukkan bahawa kematian remaja itu bukan berpunca daripada bunuh diri.

Mereka menyatakan bahawa remaja berkenaan telah memasuki bangunan tersebut seorang diri.

Bagaimanapun menurut laporan tempatan, mangsa pada mulanya merancang untuk membunuh diri bersama seorang kenalan dalam talian.

Bagaimanapun, semasa pertemuan untuk melaksanakan rancangan mereka pada Ahad lalu, individu tersebut telah menarik diri daripada perjanjian itu.

Pakar undang-undang mencadangkan bahawa individu yang menarik diri itu mungkin berdepan tuduhan membantu remaja tersebut membunuh diri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI