fbpx

PM sertai majlis khatam al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menghadiri Majlis Khatam Al-Quran peringkat Pejabat Perdana Menteri

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Majlis Khatam Al-Quran peringkat Pejabat Perdana Menteri.

Anwar berkata, dalam kesibukan tugasan harian beliau berkesempatan menghadiri majlis tersebut bagi memuliakan lagi bulan Ramadan.

“Majlis dipimpin Johan Musabaqah Antarabangsa, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali diadakan dalam penuh ketenangan dan kemerduan tatkala ayat-ayat al-Quran dibacakan.

“Pastinya banyak kebaikan dalam membaca al-Quran antaranya menjadi syafaat di hari akhirat selain diangkat martabat golongan yang membacanya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, al-Quran sarat dengan pelbagai pedoman dan pengajaran untuk memandu manusia melalui kehidupan dunia dan akhirat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI