fbpx

PDRM umum pertukaran 18 pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorsiah

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan 18 pertukaran pegawai kanannya yang bakal berkuat kuasa pada 22 Mei ini.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad akan bertukar ke Komisioner Polis Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Katanya, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh bakal memegang jawatan sebagai Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat Komisioner Polis bagi menggantikan Wan Hassan.

“Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari pula bertukar ke Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

“Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob akan memegang jawatan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

“Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mohd Noor pula bertukar ke Timbalan Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos bertukar ke Timbalan Ketua Polis Kelantan dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Penolong Pengarah D7 (Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohamad Noor Yusof Ali pula akan memegang jawatan Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur,” katanya.

Seterusnya, Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram JSJK Bukit Aman Senior, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid bertukar ke Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur.

“Timbalan Ketua Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik), Johor, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani memegang jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak dengan pangkat Senior Asisten Komisioner Polis (SAC).

“ACP Seksyen Pengurusan Kualiti Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman, Asisten Komisioner Zaldino Zaludin bakal memegang jawatan Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber & Multimedia), JSJ Bukit Aman, dengan pangkat SAC.

“Selain itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kelantan, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar ditukar menjadi Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, di Kuantan Pahang dengan memangku pangkat SAC,” ujarnya.

Tambahnya, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak akan memegang jawatan Ketua Penolong D7 Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism JSJ Bukit Aman.

“Jawatan Farouk akan digantikan dengan Superintendan Mohd Azam Ismail dengan memangku jawatan ACP.

“Penolong Pengarah (Siasatan, Perundangan, Kajian Kes) Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Asisten Komisioner Arifai Tarawe bertukar ke Ketua Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

“Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Perak, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah sebagai Ketua Polis Daerah Manjung, Perak dengan memangku pangkat DCP,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI