fbpx

Parkir kenderaan jadi tempat tinggal empat beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGSAL dibina di kawasan tempat letak kereta yang menjadi tempat tinggal Jamil sekeluarga di Kampung Sungai Batu Besi, Pengkalan Langgar, Merbok sejak dua minggu lalu.

SUNGAI PETANI – Kesempitan hidup memaksa empat beranak menjadikan tempat letak kende­raan sebagai tempat berteduh sejak dua minggu lalu di Kampung Sungai Batu Besi, Pengkalan Langgar, Bujang, Merbok, di sini.

Keputusan itu terpaksa dibuat Jamil Ahamad, 36, selepas dia berpindah ke sini kerana gagal menjelaskan sewa rumah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Lelaki itu tidak mempunyai pendapatan selepas berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan lebih empat bulan lalu.

Menurutnya, selepas berbincang dengan keluarga isteri, Siti Nur Syahera Nabila Hamzah, 28, mereka bersepakat untuk tinggal sementara di tanah lapang bersebelahan rumah mertuanya.

“Kami tiada pilihan selain jadikan kawasan tempat letak kereta ini sebagai rumah untuk didiami bersama isteri dan dua anak berusia empat dan lima tahun.

JAMIL (kanan) di samping isterinya, Siti Nur Syahera serta dua anak perempuan mereka.

“Meskipun tidak berdinding dan berlantaikan tanah, namun inilah kediaman yang sesuai buat kami ketika ini,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Tambah Jamil, dia tidak sampai hati menumpang di rumah mentuanya, Shion Junus, 50, ke­rana rumah itu kecil dan dihuni lima lagi adik iparnya termasuk empat perempuan.

“Kami berhasrat untuk tinggal sementara di sini sebelum menyewa di tempat lain kerana sedang mencari kerja.

“Tambahan pula, isteri sedang sarat hamil dan dijangka bersalin anak ketiga kami awal bulan depan. Jadi biarlah untuk sementara waktu ini kami tinggal berdekatan keluarga walaupun dalam keadaan serba kekura­ngan,” katanya.

Jelas Jamil, dia tidak dapat melakukan kerja berat kerana tulang pahanya patah selepas terlibat kemalangan jalan raya pada 2009.

“Bagi menampung hidup selepas berhenti kerja, saya mengambil upah melakukan kerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.

“Kami hanya mengharapkan bantuan bulanan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang baru diterima pada bulan ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB Bank
bernombor 7633233670 atas nama Jamil atau menghubungi talian 017-5135443.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI