fbpx

Mahkamah: Peniaga Foodtruck didakwa bunuh lelaki kurang siuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang peniaga Foodtruck di hadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini, atas tuduhan membunuh seorang lelaki kurang siuman di hadapan Medan Selera Lukut awal bulan lalu. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

PORT DICKSON – Seorang peniaga Foodtruck dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh seorang lelaki kurang siuman di hadapan Medan Selera Lukut, di sini, awal bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan ke atas tertuduh, Sin Poo Kiong, 40, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V Vanita.

Berdasarkan pertuduhan, pada 1 Mac lalu antara pukul 7.30 malam hingga pukul 7.55 malam bertempat di hadapan Medan Selera Lukut, Pekan Lukut, di sini, tertuduh telah didapati membunuh seorang lelaki berusia 39 tahun dan kes dibacakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh manakala tertuduh diwakili peguam V.Segaran.

Jiwan Kaur memohon tiada jaminan ditawarkan kerana membabitkan kes bunuh.

Majistret kemudiannya menetapkan 19 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat, kimia dan DNA selain tertuduh ditahan reman di Penjara Temiang Seremban.

Sementara itu, dalam pertuduhan berlainan, tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan mempunyai perisian judi online.

Berdasarkan pertuduhan pada 9 September kira-kira pukul 5 petang, di Media Selera Dataran Segar Huat Huat Food Court, Lukut, tertuduh didapati telah mempunyai perisian perjuan online (918KISS.com) di dalam talefon bimbit.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara empat bulan bagi kesalahan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI