fbpx

Liga Super: TFC berminat ‘pancing’ khidmat Safawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safawi (tengah) masih lagi giat menjalani latihan dengan kelab Thailand, Ratchaburi FC ketika ini. - Foto ihsan Ratchaburi FC

PASUKAN Terengganu FC (TFC) bersedia untuk berbincang untuk mendapatkan khidmat pemain sensasi Harimau Malaya, Safawi Rasid yang ketika ini berkelana ke Liga Thailand dengan bersama kelab Ratchaburi FC.

Sebagai rekod, Safawi menyertai pasukan Ratchaburi FC sejak Januari lepas secara pinjaman daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mendapatkan minit permainan kompetitif.

Pengendali skuad Sang Penyu, Tomislav Steinbruckner mengakui pasukan berminat untuk mendapatkan pemain yang memiliki kredibiliti seperti Safawi kerana boleh membantu jentera serangan pasukan musim ini.

“Sudah tentu saya berminat terhadap beberapa pemain seperti yang sudah kita bincangkan dan pemain yang ada kualiti seperti Safawi.

“Dia pernah bersama dalam pasukan bimbingan saya (T-Team) pada 2015 dan dia kini antara pemain yang berpengalaman. Kita ada pemain sayap tetapi mereka tidak berada pada tahap yang sama dengan Safawi,” katanya.

Steinbruckner ditemui selepas menyaksikan anak-anak buahnya tewas 1-5 kepada Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium MB Petaling Jaya kelmarin.

Mengulas mengenai kekalahan tersebut, pengendali import dari Croatia itu mengakui kesilapan individu telah menghukum pasukan dalam usaha mengutip mata berharga.

“Saya lihat pemain seperti sudah menyambut Hari Raya lebih awal kerana mereka tiada di atas padang. Malah, beberapa kesilapan mudah yang dilakukan telah dihukum oleh jentera serangan Selangor.

“Saya harap mereka dapat belajar daripada kesilapan ini dan gunakan masa rehat yang ada untuk bangkit berada di landasan kemenangan pada perlawanan seterusnya nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI