fbpx

Liga Super: Gol lewat Penang FC benam KUFC 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penang FC benam KUFC 2-0 di Stadium Bandaraya di George Town malam ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

GEORGE TOWN – Pasukan Penang FC sekali lagi mencipta kemenangan ketiga selepas membenam Kelantan United FC (KUFC) 2-0 pada perlawanan kesembilan Liga Super 2023 di Stadium Bandaraya, di sini malam tadi.

Di separuh masa pertama, kedua-dua pasukan dilihat gagal memanfaatkan peluang jaringan gol namun tetap beraksi cemerlang mempertahankan kubu masing-masing.

Penang FC yang kali ini menurunkan dua penyerang importnya iaitu Soony Saad dan Giovane Gomes sedaya upaya mahu mencipta gol tunggal namun tidak berhasil sehingga separuh masa pertama berakhir. Keputusan terikat 0-0 di separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua perlawanan, skuad kendalian Penolong Ketua Jurulatih, Manzoor Azwira itu berjaya menemui rentak apabila berjaya mencipta gol tunggal pertama mereka menerusi sepakan deras pemain tengah, Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-49.

Hanya selang lapan minit, Penang FC sekali lagi menyumbat gol kedua pada minit ke-58 menerusi tandukan ketua pasukan, Rafael Vitor hasil sepakan sudut Muhammad Hadin Azman. Pemain import berasal dari Brazil itu mempunyai ketinggian kira-kira 182 sentimeter.

Usaha skuad Kijang Hijau untuk mencari gol peribadi di tempat lawan malam ini masih tidak berhasil sehingga wisel penamat masa kedua dibunyikan.

Keputusan di perlawanan kesembilan itu menyaksikan KUFC kekal di tempat ke-14 manakala Penang FC di tangga kelapan carta Liga Super. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI