fbpx

JKM serbu lokasi pengemis bermusim di Masjid Kapitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN jemaah bermurah hati menghulurkan derma kepada mereka yang duduk di luar pekarangan masjid.

GEORGE TOWN – Lokasi pengemis bermusim yang menjadikan kaki lima rumah kedai dan pekarangan luar Masjid Ka­pitan Keling di sini sebagai tempat wajib mengutip duit raya ­diserbu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kelmarin.

Serbuan itu dipercayai susulan laporan Kosmo! kelmarin mengenai kehadiran lebih 50 pengemis di hujung minggu, sejak awal Ramadan lalu.

Seorang penduduk, Mohamed Rizdwan Abdul Ghafoor Khan berkata, kehadiran kira-kira 10 kakitangan JKM di lokasi ­tumpuan pengemis berkenaan dilihat sekitar pukul 5.30 petang.

“Kelihatan pengemis berlari lintang-pukang sebaik mereka menyedari kehadiran pihak JKM dengan ada antaranya lengkap me­ngenakan baju korporat.

“Tidak pasti ada tangkapan mahupun tidak semalam (kelmarin)

“Seperti yang diketahui, kehadiran pengemis bermusim ini akan datang selepas waktu berbuka puasa sehingga ke awal pagi keesokkannya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Mohamed Rizdwan memberitahu, jumlah pengemis bermusim akan menjadi lebih berganda pada malam tujuh likur sementara yang tinggal jauh dikatakan akan pulang ke rumah sehari lebih awal bagi membuat persiapan Aidilfitri.

“Selepas bermalam pada malam 27 Ramadan di hadapan masjid, sebelah pagi pula mereka akan pergi ke setiap kedai di Jalan Masjid Kapitan Keling untuk meminta sedekah pula.

“Ini dikatakan sudah menjadi aktiviti tahunan mereka. Kami penduduk di sini yang terpaksa hadap dengan sampah-sarap yang dilonggok di tong sampah dekat pekarangan bawah rumah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI