fbpx

Jambatan pekan Tanjong Karang tidak retak, selamat digunakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai JKR memeriksa keadaan jambatan pekan Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor itu hari ini.

KUALA SELANGOR – Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor menafikan dakwaan mengenai jambatan pekan Tanjong Karang di sini, retak dan tidak selamat digunakan.

Khabar angin itu menyebabkan pengguna khususnya penduduk setempat bimbang akan keselamatan terutama menjelang sambutan Aidilfitri.

Pejabat JKR itu menegaskan perkara berkenaan tular menerusi rakaman audio pihak tidak bertanggungjawab dan hasil siasatan serta pemeriksaan yang dilakukan mendapati, jambatan itu tidak mengalami sebarang keretakan seperti didakwa.

“JKR Daerah Kuala Selangor menegaskan bahawa kemudahan itu masih selamat untuk digunakan orang ramai dan JKR dalam proses membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya pelaku berkenaan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI