fbpx

‘Hulk Hogan’ cuba cakap Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video lelaki mirip Hulk Hogan bersama Habib Yasalam

PETALING JAYA – Seorang lelaki mirip lagenda sukan gusti antarabangsa, Hulk Hogan tular menerusi video di media sosial sekali gus menarik perhatian orang ramai.

Lebih menarik perhatian apabila lelaki tersebut dilaporkan boleh bercakap bahasa Melayu.

Menerusi video yang dikongsi persohor media sosial terkemuka berkelahiran Arab, Habib Yasalam, lelaki yang mirip pemain gusti profesional era 1980-an itu memperlihatkan cuba untuk bercakap Melayu.

Tambah menarik, menerusi video tersebut juga, ‘kembar’ Hulk Hogan cuba untuk bercakap loghat Kelantan dengan mencuba beberapa perkataan dari negeri Pantai Timur itu.

“Saya suka Malaysia, kemah bos (terbaik bos), set kita jangan pecoh (kita jangan berpecah),” jelas individu mirip Hogan melalui video tersebut.

Difahamkan Habib turut menghadiahkan sepasang baju Melayu kepada lelaki itu dan dia menyukai pakaian terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI