fbpx

Heistdilfitri buah tangan pertama Zizan Razak sebagai pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIZAN RAZAK

PETALING JAYA – Pelawak dan pelakon Zizan Razak mengakui gementar apabila pertama kali memikul tanggungjawab sebagai pengarah menerusi telefilem Heistdilfitri.

Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 39, berkata, dia banyak menggunakan pengalamannya ketika bekerja di bawah pengarah-pengarah terbaik sebelum ini.

“Sudah tentu perasaan gementar itu ada, pertama kali minta pelakon lain buat itu dan ini. Selalunya saya yang sedia terima arahan untuk menjayakan sesuatu watak.

“Alhamdulillah saya banyak gunakan pengalaman berlakon dengan pengarah-pengarah hebat sebelum ini. Banyak lagi yang saya kena belajar. InsyaAllah kalau kita berusaha boleh jadi bagus macam mereka,” ujarnya.

Zizan bergandingan dengan pelawak Issey Fazlisham sebagai pengarah bersama Heistdilfitri yang bakal ditayangkan pada Syawal kedua, pukul 10 pagi di Astro Ria.

Telefilem istimewa Syawal itu turut dibintangi oleh Shikin Kamal, Khir Rahman, Maria Farida dan Jihaa Sham.

TELEFILEM pertama arahan pelakon dan pelawak, Zizan Razak berjudul Heistdilfitri ditayangkan di saluran Astro Ria Syawal kedua ini. 

Tambah Zizan, banyak perkara baharu yang dipelajari sepanjang tiga bulan dalam menyiapkan telefilem berkenaan.

Namun, dia bersyukur semua pihak memberi kerjasama dengan baik dan sentiasa berkongsi pendapat mereka dalam menjayakan penggambaran tersebut.

“Saya syukur semua pelakon sangat profesional dan banyak bantu di set penggambaran. Sebagai pengarah yang baru belajar saya banyak berbincang dengan Issey dan tanya pendapat pelakon-pelakon lain juga.

“Pendek kata, kali ini saya rasa sendiri tanggungjawab yang besar sebagai pengarah, pelakon dan penerbit drama, selalunya kita fikir berlakon saja.

“Banyak benda yang kita perlu pertimbangkan bila nak menjayakan sesuatu projek ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Issey berharap telefilem tersebut mendapat sambutan dan penat lelah mereka menyiapkan penggambaran selama tiga minggu itu berbaloi.

“Kami anggap ini proses pembelajaran buat kami yang baru bertatih. Semoga penonton berpuas hati dan faham dengan mesej yang ingin kami sampaikan.

“Saya juga berharap dapat bekerjasama lagi dengan Zizan untuk projek drama akan datang,” ujarnya.

Heistdilfitri mengisahkan Ibrahim lakonan Zizan, Anis (Shiqin) dan Mus (Issey) merupakan perompak profesional yang mendapat idea untuk mencari sebuah keluarga dan beraya bersama mereka.

Cadangan tersebut dipersetujui dan bermulalah misi mereka untuk beraya bersama keluarga hartawan.

Sepanjang menjadi sebuah keluarga, mereka mula mengenali hati budi masing-masing.

Keluarga tersebut mula sedar bahawa Mus, Ibrahim dan Anis telah mengajar mereka erti Aidilfitri yang sebenar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI