PETALING JAYA – Seorang pelajar perubatan yang menuntut di India membuat kejutan kepada keluarganya selepas empat tahun tidak pulang ke tanah air.
Aishah Budiman menerusi akaun TikTok, berkongsi detik pertemuan itu dengan menyamar sebagai pelayan restoran ketika keluarganya sedang menjamu selera.
“Empat tahun tak balik raya, ya Allah Alhamdulillah,” tulisnya pada kapsyen.
Kelibat Aishah hanya disedari ibu bapa dan adiknya selepas beberapa saat, namun reaksi ibunya yang seolah-olah merajuk menarik perhatian ramai pengguna.
“Mak melanggar hukum kejutan ni. Patutnya mak kena nangis bukan merajuk,” komen @Syahiirahhhh.
“Mak tahan sebak itu sebenarnya, empat tahun tak balik raya itu lama,” ujar seorang lagi pengguna.
“Macam biasa ayah paling tenang tetapi dalam hati dia seorang sahaja yang tahu,” jelas Yum.
Perkongsian tersebut mencecah hampir 3 juta tontonan sejak ia dikongsikan, semalam. – KOSMO! ONLINE
@aishahbudiman 4 tahun tak balik raya🥺 Ya Allah, alhamdulillah. Full vlog dekat youtube saya; Aishah Budiman. Jangan lupa tengok hehe #raya2023 #raya #surprise #family #ramadan #ramadhan ♬ original sound – 𝘿𝙄𝙇🎧