fbpx

Dua bot pukat tunda ambil pekerja asing haram ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua bot pukat tunda menggaji warga asing secara haram ditahan di perairan Kampung Sungai Tiram, Lekir semalam. - Foto IHSAN APMM PERAK

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan dua bot pukat tunda selepas didapati menggaji warga asing secara haram, di perairan Sungai Tiram, Lekir, dekat sini pagi semalam.

Pengarah APMM Perak, Kapten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, kedua-dua bot itu ditahan pada kedudukan lebih kurang 5.3 batu nautika barat daya muara Sungai Tiram sekitar pukul 10 pagi.

“Tangkapan itu dilakukan oleh bot ronda yang sedang melaksanakan rondaan Op Pintas, Op Tiris, Op Khas Pagar Laut serta tinjauan udara oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang juga pemangku Ketua Pengarah APMM Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati, bot pertama yang dikendalikan oleh tekong dan seorang kru warga tempatan serta dua warga Myanmar masing-masing berumur di antara 34 hingga 64 tahun disyaki melanggar syarat lesen kerana menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan, serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Jelasnya, pemeriksaan terhadap bot kedua pula didapati ia dikendalikan oleh tekong dan dua kru warga Myanmar, masing-masing berumur 28 hingga 45 tahun disyaki melakukan kesalahan yang sama.

Tegas beliau, kesemua kru dan bot serta hasil rampasan ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau mengingatkan komuniti nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan kerana walaupun musim perayaan bakal menjelang, penguat kuasa tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan kesalahan di perairan negara.

Sebarang maklumat dan aduan mengenai penguatkuasaan dan insiden di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI