fbpx

Bayern Munich sedia turunkan kesebelasan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD The Bavaria giat menjalani latihan menjelang aksi menentang City pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Allianz Arena pagi esok.

MUNICH – Pengendali Bayern Munich, Thomas Tuchel mengesahkan bakal membariskan ke­sebelasan terbaik dalam usaha mengurangkan defisit gol menjelang aksi suku akhir kedua menentang Manchester City di Stadium Allianz Arena awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad The Bavaria masih mempunyai 90 minit perlawanan untuk bangkit daripada ketinggalan 0-3 susulan kekalahan yang dialami pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Etihad minggu lalu.

Malah, Tuchel turut mengesahkan penyerang kontroversi, Sadio Mane akan kembali menguatkan skuad utama selepas digantung satu perlawanan susulan tindakan kontroversi ­menumbuk rakan sepasukan, Leroy Sane ketika bertemu City sebelum ini.

“Mane akan berada dalam skuad utama kami ketika bertemu City kali ini dan sudah tentu kita akan membariskan kesebelasan terbaik memandangkan pasukan ketinggalan selepas tewas aksi pertama minggu lepas.

“Saya lihat Mane telah menunjukkan sikap yang baik dengan memohon maaf kepada rakan-rakan sepasukan atas tindakan di luar kawalan sebelum ini. Justeru, saya tidak mahu perkara itu dijadikan isu besar dan dia telah menjalani sesi latihan bersama sejak Ahad lepas,” katanya.

Tuchel juga percaya barisan pemain masih memiliki kualiti untuk bangkit dalam usaha meloloskan diri ke peringkat separuh akhir tetapi perlu memanfaatkan kelebihan aksi di laman sendiri.

“Kalah 0-3 bukanlah keputusan yang kita inginkan. Namun, saingan berbaki 90 minit dan apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan Bayern, Matthijs de Ligt berharap rakan-rakan sepasukan kekal fokus dan elak daripada mudah dibolosi pada awal perlawanan selain berusaha untuk mencari gol seawal mungkin.

“Kita perlu lupakan segera kekalahan minggu lepas kerana harus diakui City adalah pasukan yang lebih baik. Namun, kita tidak perlu risau kerana masih ada satu lagi perlawanan untuk kita menebus kesilapan dan perlu menggunakan ruang ini sebaik mungkin,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI