fbpx

Bantuan Aidilfitri diperluaskan kepada tiga sukarelawan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar sewaktu 'walkabout' ramah mesra bersama peniaga di Bazar Ramadan PKNS Shah Alam, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

SHAH ALAM – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) diperluaskan kepada tiga sukarelawan lain iaitu Rejimen Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (PSAT) dan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelulusan tambahan itu susulan permohonan daripada badan-badan sukarelawan itu.

“Tadi pagi, ada menyatakan sampai hati Datuk Seri lupa. Wataniah tidak dapat, sukarelawan Maritim dan Angkatan Tentera juga tak dapat.

“Saya pun terus lepas mesyuarat jemaah menteri pergi ke pejabat Kementerian Kewangan terus luluskan. Petang ini, saya umumkan lulus tambahan sukarelawan Wataniah, Angkatan Tentera dan Maritim,” katanya selepas ‘walkabout’ ramah mesra bersama peniaga di Bazar Ramadan PKNS di sini hari ini.

Anwar beramah mesra bersama pengunjung di Bazar Ramadan PKNS, Shah Alam hari ini.

Pada 28 Mac lalu, kerajaan mengumumkan pemberian BKKA kepada lebih 200,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba dengab menyaksikan setiap anggota akan mendapat bantuan tunai RM300. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI