fbpx

Angka korban kebakaran hospital di Beijing meningkat kepada 29

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pegawai penyiasat memerhatikan kesan kebakaran di Hospital Changfeng Beijing, hari ini. - AFP

BEIJING – Satu siasatan dimulakan hari ini selepas sebuah hospital di Beijing terbakar dan membunuh 29 orang, lapor media tempatan.

Pasukan tindak balas kecemasan mula menerima panggilan mengenai kebakaran sebelum pukul 1 petang (waktu tempatan) semalam, yang memaklumkan bahawa berlakunya kebakaran di Hospital Changfeng Beijing di daerah Fengtai di bandar ibu negara China itu.

Api dipadamkan kira-kira setengah jam kemudian sebelum usaha menyelamat diteruskan selama dua jam dengan menyaksikan 71 pesakit dipindahkan.

Sebilangan pengguna media sosial memuat naik beberapa video menunjukkan pesakit duduk di atas unit pendingin hawa selain ada yang bergantung pada tali untuk terjun dari bangunan.

Menurut akhbar Beijing Daily, angka kematian adalah 29 setakat pagi tadi. Tiada maklumat lanjut mengenai bilangan mangsa yang cedera dalam kebakaran itu atau keadaan terkini semua mangsa.

Beberapa pegawai tertinggi bandar raya itu melawat hospital berkenaan selepas kebakaran dipadamkan dengan Setiausaha Perbandaran Beijing, Yin Li berikrar untuk mengenal pasti punca kejadian dan mengesan pihak yang bertanggungjawab memulakan kebakaran.

Wakil AFP yang berada di lokasi kejadian memaklumkan orang ramai memenuhi pintu masuk hospital dengan ramai anggota polis turut berkawal. 

Sebahagian tingkap bangunan hospital bertukar menjadi warna hitam dengan sekurang-kurangnya satu daripadanya pecah selain dinding mempunyai kesan jelaga.

Akhbar China Youth Daily melaporkan banyak keluarga tidak dapat menghubungi pesakit  di hospital itu dengan kebanyakan yang hilang adalah warga emas yang sukar bergerak. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI