fbpx

27 babi mati selepas lori terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu, Thanapon Premthong yang tertidur menyebabkan trak yang dipandunya terbabas ke dalam terusan manakala sebahagian muatan babinya terbunuh di mukim Khao Phra kelmarin. - Foto Thaiger

BANGKOK – Tindakan seorang pemandu di Thailand yang terlelap ketika memandu sebuah lori membawa babi menyebabkan kenderaan itu terbabas lalu membunuh 27 ekor haiwan tersebut, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pegawai di Balai Polis Nang Buat dimaklumkan bahawa sebuah lori membawa babi terbabas ke dalam terusan di Jalan Raya Chainat – Suphan Buri di mukim Khao Phra, daerah Derm Bang Nang Buat. Anggota pihak berkuasa dan penyelamat kemudian bergegas ke tempat kejadian.

Setibanya di tempat kejadian di hadapan Pertubuhan Pentadbiran Daerah Khao Phra, polis menemui sebuah lori 10 roda terbabas ke dalam terusan. Lori itu membawa lebih 100 ekor babi dan kebanyakannya mati, lapor laman berita KhaoSod.

Petugas penyelamat dan penduduk tempatan bekerjasama selama hampir satu jam bagi mengangkat semua haiwan yang masih hidup untuk keluar dari trak yang terbalik itu.

Pemandu lori berusia 44 tahun itu, Thanapon Premthong berkata, ketika melalui jalan selekoh, dia mula terlelap dan hilang kawalan ke atas lorinya. Sejurus tersedar, Thanapon berasa terkejut sebelum bangun dan cuba mengawal kenderaannya itu tetapi ia terbabas ke sebuah terusan.

Pemandu itu berkata, sebanyak 27 ekor babi maut dalam kemalangan itu tetapi dia, anak lelaki dan saudara perempuannya tidak mengalami kecederaan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI