fbpx
Dua ekor singa keluar melalui pintu kandang ketika persembahan sarkas di wilayah Henan, China baru-baru ini. - Foto Global Times

2 singa sarkas terlepas kandang ketika persembahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Dua ekor singa sarkas di wilayah Henan, China melarikan diri dari kandang melalui pintu yang tidak berkunci ketika persembahan sedang berlangsung sehingga menyebabkan berlakunya keadaan panik dalam kalangan penonton, lapor laman berita Wion News semalam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku kerana penjaga haiwan berjaya memerangkap singa-singa tersebut untuk masuk semula ke dalam kandang.

Bercakap kepada laman berita Global Times, seorang saksi mendakwa bahawa pintu kandang haiwan itu tidak ditutup dengan selamat yang menyebabkan singa-singa tersebut dapat lolos darinya.

Salah seekor singa itu berlari keluar dari kandang dan kemudian dilihat berkeliaran di luar sarkas. 

Ia menimbulkan rasa panik dalam kalangan penonton tempatan dan pelancong asing yang dilihat melarikan diri.

Menurut pihak berkuasa, operasi sarkas itu telah digantung dan siasatan sedang dijalankan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN