fbpx

18 banduan terima pelepasan berlesen di Melaka untuk sambut raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSLAN bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar pelepasan berlesen banduan di Kompleks Penjara Sungai Udang, Sungai Udang, Melaka, hari ini. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

MELAKA – Seramai 18 banduan Kompleks Penjara Sungai Udang di sini dipilih menjalani pelepasan secara berlesen sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Penjara Melaka, Roslan Mohamed berkata, empat banduan telah diambil keluarga masing-masing sementara empat lagi akan menjalani Corporate Smart Internship (CSI) dan selebihnya dihantar ke rumah perantaraan.

Jelas beliau, banduan yang dihantar ke rumah perantaraan disebabkan usia yang telah lanjut dan tidak diterima bekerja oleh pihak industri.

“Di rumah perantaraan akan ada program-program bersama masyarakat, jadi mereka akan seperti rakyat biasa yang dapat berpuasa serta menyambut hari raya bersama kakitangan di sana.

“Kita minta mereka bekerja ketika di rumah perantaraan dan mengambil peluang ini untuk bercampur dengan masyarakat, syarikat-syarikat di luar sana juga boleh mengambil mereka untuk bekerja secara sambilan,” katanya pada sidang akhbar pelepasan berlesen banduan di Kompleks Penjara Sungai Udang di sini, hari ini.

Tambahnya, banduan yang terpilih adalah dalam kalangan mereka yang terlibat dengan kes dadah atau kesalahan-kesalahan kecil di bawah satu tahun.

Jelasnya, kesemua banduan itu bebas untuk bergerak ke mana-mana dan melakukan aktiviti digemari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI