fbpx

Warga emas dicekup berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki yang cuba melarikan diri berjaya ditahan dalam serbuan judi di Kampung Hutan Kandis, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Status warga emas tidak mampu membawa rasa insaf kepada sebahagian daripada 21 lelaki apabila mereka tetap rancak berjudi di Kampung Hutan Kandis, di sini semalam.

Keriuhan mereka berjudi bagaimanapun berakhir dengan masing-masing cuba melarikan diri apabila diserbu sepasukan polis kira-kira pukul 6.15 petang.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, serbuan di belakang sebuah kedai makan itu dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

“Sebaik menyedari kehadiran pihak polis, mereka yang terlibat cuba melarikan diri. Cubaan mereka itu bagaimanapun gagal apabila berjaya ditahan pasukan serbuan.

“Pihak polis kemudian merampas peralatan digunakan dalam permainan judi dipercayai jenis judi belangkas serta wang pertaruhan berjumlah RM17,000 di lokasi serbuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1959,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI